Thursday, April 23, 2009

POLITIK PEMBARUAN ALA UMNO HARUS DIDAKAPI KOMPONEN BN YANG LAIN

Baru baru ini di Perhimpunan Agung UMNO, barisan saf baru UMNO telah dipilih untuk memperkuatkan UMNO sebagai parti induk BN. Pilihan muka muka yang mantap ini menunjukkan kerelaan perwakilan UMNO untuk membawa perubahan mendadak dalam UMNO yang difikirkan perlu setelah menghadapi kekalahan teruk di pilihanraya umum ke 12 March 2008 yang lalu (PU12). Walaupun sebelum pemilihan ini banyak calon calon lain telah dicalonkan untuk jawatan dari timbalan presiden. naib presiden dan majlis tertinggi yang dipilih akhirnya merupakan barisan kepimpinan yang mampu membawa UMNO mara ke hadapan menghadapi PU13 nanti.
Bagaimanapun persoalan yang timbul sekarang ialah adakah komponen komponen BN yang lain sanggup melalui pembaruan ala UMNO sebagai satu petunjuk untuk mengubah diri mereka. Walaupun pada hakikatnya mereka tidak ada pilihan lain ujudnya pemimpin yang sambil lewa dalam membawa perubahan mendadak dalam parti mereka memnunjukkan sifat lambat dalam mengimplementasikan politik pembaruan yang kini merupakan apa yang perlu untuk BN.

Parti Gerakan menbuat perubahan kepimpinannya thaun lalu diikuti oleh MCA yang baru sahaja membuat perubahan kepada barisan kepimpinannya sebelum UMNO. MIC , satu lagi komponen BN akan mengadakan pemilihannya tangal September 2009 ini.

Banyak nama nama pemimpin telah diura-urakan untuk bertanding walaupun pencalonan hanya akan bermula di peringkat bahagian hujung minggu ini. Sanggupkah MIC membawa politik pembaruan supaya masyarakat India akan Lebih yakin dengan muka muka baru yang berkelibar dalam membela nasin Kaum masyarakat India di negara ini ? Tunggu dan lihat kerana it’s a “do or die mission “ untuk MIC.

0 comments: