Saturday, May 8, 2010

Denyutan Nadi Rakyat Penentu PRU 13

Setelah kemenangan di Hulu Selangor, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat kini menghadapi satu lagi ujian Pilihanraya kecil (PRK) Parlimen di Sibu, Sarawak. Apa pun keputusan di PRK Sibu, kini terbukti BN dan Pakatan sudah tahu bahawa rahsia disebalik kejayaannya adalah memahami denyutan nadi rakyat.

Pengundi masakini lebih bijak menerima segala pertolongan yang dihulurkan tetapi keputusan dibuat berasaskan mereka yang sanggup menjalankan perkhidmatan untuk mereka dan memenuhi keperluan asas mereka.

Jesteru itu pemimpin BN haruslah turun padang dan meneliti keperluan rakyat. Berdasarkan pendapat dan ulasan ulasan yang diterima di PRU Hulu Selangor, penentu PRU 13 ialah memenuhi keperluan denyutan nadi rakyat. Antara perkara yang menjadi perkara asas yang harus di penuhi untuk memenangi PRU 13 ialah:

• Pemimpin mesra rakyat
• Pemimpin yang berkerja keras dan pemimpin yang boleh didekati rakyat
• pemimpin yang mendengar keperluan rakyat bukan pemimpin yang cakap sahaja tetapi tidak t ada aksi (talk and no action)
• Ketua Jabatan di Jabatan Jabatan Kerajaan haruslah bermesra rakyat dan memberi perkhidmatan yang tidak berbelah bagi untuk semua masyarakat Malaysia
• Pemimpin yang menumpukan khidmatnya dikawasannya dari sekarang sehingga PRU 13. Kaji selidik menyarankan peluang kejayaan tinggi untuk pemimpin yang memulakan khidmatnya mulai sekarang.
• Pemimpin yang boleh jadi “Role Model untuk pengundi

Nyata sekali PRU 13 akan menjadi medan pertarungan sengit BN dan Pakatan setelah Pakatan mendapat semangat dari PRU 12. Kejayaan tetap kepada mereka yang cepat menyedari denyutan nadi rakyat dan melaksanakan dengan segera langkah langkah yang dapat mendekati rakyat.

1 comments:

Anonymous said...

Saya setuju dengan pandangan saudara.BN kini sudah berubah.PM Najib lebih mendengar denyutan rakyat serta lebih mementingkan perkhidmatan kepada rakyat daripada retorik politik. Marilah kita membantu usaha-usaha untuk menjayakan Gagasan 1Malaysia supaya kita dapat hidup aman dan damai sebagai satu keluarga besar di Malaysia.