Thursday, September 16, 2010

Perkasakan Rakyat Malaysia Bukan PERKASA


Tanggal Sept 16 ialah Hari Malaysia – Hari Gabungan Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Walaupun pada zahirnya Malaysia telah bergabung, masih ada masyarakat Malaysia yang telah menumpahkan darahnya demi pembangunan Malaysia yang hidup dalam keadaan tiada serba serbi dan tiada kemudahan asas.
Pendekatan YAB Dato Sri Najib Tun Razak dalam mendekati rakyat melalui beberapa pelan Transformasi masyarakat haruslah mendapat pujian suara rakyat.
Tetapi pada hakikatnya nyata ada yang masih tiada kewarganegaraan, kad pengenalan biru dan kuasa untuk mengundi walaupun telah bermastautin dibumi yang subur ini semenjak 20 – 30 tahun yang lampau.
Sila bayangkan nasib kumpulan ini?
Pada masa yang sama, disudut yang lain NGO Melayu, PERKASA menuntut hak kaum melayu yang termaktub dalam Perkembangan Malaysia. Penubuhan NGO Melayu seperti PERKASA tidak di persoalkan oleh kaum lain tetapi pendekatan PERKASA melampaui batasan kerana ia mampu memecah-belahkan keharmonian kaum dinegara ini yang serba senang dengan pendekatan 1 Malaysia yang diwarkan oleh PM kita.
Cadangan saya sempana Hari Malaysia ini supaya Kerajaan YAB Dato Sri Najib Tun Abdul Razak memberikan kelulusan automatik kepada mereka yang berketurunan Malaysia, yang telah bermastautin di negara ini lebih dari 20 tahun dengan syarat boleh bertutur Bahasa Kebangsaan dan faham Prinsip Rukun Negara.
Sememangnya, inilah harapan Rakyat Malaysia yang harus diperkasakan dan bukannya tuntutan PERKASA.

0 comments: